
PENGENALAN VILLA HARAPAN MELAKA
Pusat Jagaan Villa Harapan Melaka adalah satu pusat kebajikan NGO yang menyediakan tempat tinggal dan perlindungan serta rawatan kepada golongan gelandangan OKU mental.
Ditubuhkan pada 17 Mei 2010 bertempat di Duyong, Melaka. Sehingga kini bilangan penghuni adalah seramai 143 orang. Kami memberikan perkhidmatan penjagaan yang terbaik mengikut kemampuan kami kepada golongan yang memerlukan seperti mereka ini.
Kami percaya ramai yang ingin membantu dalam usaha kemanusiaan ini. Marilah kita bersama membantu mereka yang memerlukan ini dalam apa jua jenis bantuan dan saluran untuk memastikan kebajikan mereka terjaga dengan baik.
WARGA
"Insan Istimewa Tanggungjawab Bersama."

ZAINAL ABIDIN
Pengerusi

THOMAS
Timbalan Pengerusi

NORHAWA
Setiausaha (Penyelia)

ZULKANIN
43 TAHUN
PAHANG

SITI MARIAM
41 TAHUN
MELAKA
AKTIVITI
Aktiviti lain juga boleh dilakukan atas persetujuan pihak pengurusan villa harapan :
Lawatan
Beramah mesra
Pembersihan
Mewarna
Melukis
Sukaneka

SUMBANGAN MAKANAN DARIPADA KELAB PEMUDA PRIHATIN MELAKA UNTUK VILLA HARAPAN MELAKA
BANTUAN PRE PRIHATIN DARIPADA KERAJAAN NEGERI MELAKA (JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT) UNTUK PENGHUNI VILLA HARAPAN SEMASA PKP


AKTIVITI GOTONG-ROYONG PEMBERSIHAN KAWASAN VILLA HARAPAN DARIPADA KUMPULAN EIGHT FOR AID BERSAMA PENGHUNI
GUNTING RAMBUT BERKUMPULAN SECARA PERCUMA UNTUK PENGHUNI DARI NGO PERSATUAN KEBAJIKAN ZHAO MEA PAYA THONG MELAKA

BANTU KAMI
Segala jenis bantuan kami terima dengan kedua tangan terbuka:
Bantuan makanan minuman
Bantuan pakaian baru/lama
Bantuan wang tunai
Bantuan peralatan/kemudahan
Bantuan keperluan harian

Peluang memberikan bantuan sambil meluangkan masa untuk memahami kisah penghuni Villa Harapan yang boleh menjadi pengajaran dalam hidup. Ini membuatkan bantuan lebih berkesan.
Pertubuhan kami amat menghargai jasa baik dan sumbangan semua pihak. Dengan jalinan kerjasama yang berterusan dapat menambahkan lagi keperluan asas Villa Harapan Melaka.


Sumbangan dan aktiviti kemanusiaan daripada NGO Lions Clubs International District 308 B1 Malaysia.
Saringan kesihatan secara percuma oleh Team Poliklinik Hidayah bagi memastikan semua penghuni berada di dalam keadaan yang sihat.


CIMB BANK
8 0 0 9 4 8 5 2 4 2
PERTUBUHAN KEBAJIKAN VILLA HARAPAN MELAKA
HUBUNGI VILLA HARAPAN MELAKA
No.1212-2, Jalan Tebing Tinggi, 75460 Duyong, Melaka, Malaysia
06-2672820